Sunnah Rasulullah ketika bertemu saudara sesama Islam



 ** Memberi salam apabila bertemu. Rasulullah S.A.W. pernah ditanya” Apakah dia amalan Islam yang paling baik?” Beliau menjawab :

تُطْعِم الطّعامَ ، وَتَقْرأ السَّلامَ عَلى َمن عَرَفت وَمَن لم تَعْرف


“ Kamu memberi makan kepada orang dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.”


( Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

** Memberikan senyuman ketika bertemu. Sabda Rasulullah S.A.W. :

لاَ تَحْقِرَن مِن المَعْرُوف شَيئا وَلو ان تَلقَى أَخاك بِوَجه طَلْق


 " Janganlah kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikitpun sekalipun ketika kamu bertemu saudara kamu dengan menunjukkan muka yang manis.”

seNyumlah..kerana senyum itu 1 sedekah..
kau tersenyum.. ku tersenyum.. kemesraan terjalin

** Bersalaman ketika bertemu,sabda Rasulullah S.A.W:

ما مِنْ مسلمِيْن يلتقِيان فَيتصافَحان إلا غُفِر لَهما قبل أن يَفْترقا


Tiadalah seseorang Muslim yang bertemu saudaranya lalu ia bersalaman melainkan Allah akan mengampunkan dosa mereka berdua sebelum mereka berpisah”

** Berkata dengan ucapan yang baik, Firman Allah Taala
Katakanlah kepada hamba-hambaku yang beriman hendaklah mereka mengucapkan kata-kata yang baik, sesungguhnya syaitan menimbulkan perselisihan di antara mereka, sesungguhnya syaitan itu menjadi musuh yang palling nyata bagi manusia.”


 ( Surah Al- Israk ayat 53 )

Alahai.. manisnya senyuman dierr 
  1..2..3... CenYUMMmm

Sunnah-sunnah Solat dari segi perbuatan


** Mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul Ihram
** Mengangkat kedua tangan ketika rukuk
**Mengangkat kedua tangan ketika bangkit dari rukuk
**Mengangkat kedua tangan ketika bangkit untuk ke rakaat ketiga bagi solat yang mempunyai dua tasyahhud ( tahiyat awal dan akhir)
  kite hendaklah Khusyuk ketika menunaikan solat

Tunailah solat lima waktu sehari semalam
** Meluruskan dan menghimpun semua jari-jemari tangan ketika mengangkat tangan dan ketika menjatuhkan tangan
** Membuka jari-jemari tangan dalam keadaan perut tapak tangan menghala ke Kiblat ketika mengangkat tangan
** Keadaan kedua tapak tangan bersetentang dengan dua telinga ketika mengangkat takbir
** Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri atau tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri
** Memandang ke tempat sujud
**Merenggang sedikit antara dua kaki ketika berdiri
** Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil dan bertadabbur

Solatlah dibelakang Imam sebelum Imam solat dibelakang kita

Sunnah-sunnah ketika Rukuk :
** Meletakkan dua tapak tangan pada lutut dengan membuka jari-jemari ketika rukuk
** Menyamakan belakang ketika rukuk kira-kira 90 darjah
** Kepala hendaklah disamakan dengan belakang, jangan lebih rendah atau lebih tinggi dari belakang
** Kedua-dua lengan hendaklah berkedudukan selari dengan rusuk

Sunnah-sunnah ketika Sujud :
** Kedua-dua lengan perlu berkedudukan separas dengan rusuk
**  Perut hendaklah bersetentang dengan paha
** Menjarakkan antara kedua-dua paha dengan kedua betis
** Menegakkan antara dua lutut
** Perut jari-jemari kaki perlu menyentuh bumi
** Kedua kaki perlu teratur dan tersusun elok ketika bersujud
** Meletakkan kedua tangan sama paras dengan bahu atau telinga
** Membuka kedua tapak tangan
 ** Meparatkan jari-jemari tangan
** Jari-jemari tangan dan kaki menghadap ke arah kiblat

Sunnah Rasulullah sebelum makan dan ketika makan



** Membaca Bismillah
** Makan menggunakan tangan kanan
** Mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu

ياَ غُلامُ سَمِّ الله ، وكُلْ بِيَمِيْنِكَ وكلْ مِمّا يَلِيْكَ
“ Wahai budak! Hendaklah kamu membaca Bismilah, makan dengan tangan kananmu dan ambillah makanan yang berhampiran terlebih dahulu.”
 ( Diriwayatkan oleh Muslim)

** Mengambil suapan yang terjatuh, menyapunya dan memakannya semula. Sabda Rasulullah S.A.W. :
إذا سَقَطتْ مِن أَحَدكمْ لُقْمَة فَلْيُمِطْ ما كان بِها مِنَ أَذَى ثُمّ يَأْكلها
“ Apabila makanan yang disuapkan terjatuh, maka hendaklah kamu ambil semula dan buangkan kekotoran yang ada padanya kemudian hendaklah kamu makan.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)

** Makan dengan tiga jari. Sabda Rasulullah S.A.W.:

كان رسول الله (ص) يَأْكل بِثَلاثِ أَصَابِعَ
“ Adalah Rasulullah S.A.W. makan mengunakan tiga jari.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)

 Sunnah Rasulullah mengikut suasana dan keadaan semasa. Rasulullah makan menggunakan tiga jari kerana makanan beliau adalah kurma pada ketika itu.

** Duduk ketika makan. Rasulullah duduk di atas kedua lututnya dan belakang kakinya, atau Beliau menegakkan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri, ini adalah cara duduk yang paling baik sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Hajar.

** Apabila selesai makan, Rasulullah akan menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada pinggan dan jarinya. Sabda Rasulullah S.A.W.

إنَّكُم لا تَدْرُونَ في أَيِّها الْبَرَكَةُ
“ Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di mana terdapatnya keberkatan pada makanan kamu.”

**  Memuji Allah selepas makan. Sabda Rasulullah S.A.W.

إن الله ليرضى عن العبد أن يأكل الأكلة فيحمده عليها
“  Sesungguhnya  Allah meredai seseorang hamba yang memakan makanan dan memujiNya kerana makanan itu.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)




Emm.. Bismillahirrahmanirrahim..









Jangan lupa baca doa minum yea kawan-kawan..








Ambiklah makanan yang berhampiran dengan kita




Makanlah menggunakan tangan kanan

Sunnah Rasulullah ketika berwuduk

** Membaca Bismillahirrahmanirrahim

** Membasuh tangan hingga pergelangan sebanyak tiga kali pada permulaan wuduk

** Memulakan wuduk dengan berkumur- kumur dan memasukksn air ke dalam hidung sebelum membasuh muka

** Menghembus air yang dimasukkan ke dalam hidung dengan tangan kiri
( memegang hidung dengan tangan kiri), berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :

فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ تمضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثم غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
“ Ketika ingin mengambil wuduk Rasulullah S.A.W. membasuh kedua-dua tapak tangannya kemudian beliau berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung lalu menghembuskannya kemudian Beliau membasuh mukanya sebanyak 3 kali.”
( Muttafaqun ‘Alaih)

** Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebih-lebihan kecuali bagi orang yang berpuasa. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :

وَبالِغْ في الاِسْتِنْشاقِ إلا أنْ تكونَ صائِما
“ Beliau berlebihan semasa menyedut air ke dalam hidung kecuali ketika Beliau berpuasa.”
( diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, An- Nasaie dan Ibn Majah)

** Berkumur-kumur menggunakan satu telapak tangan sahaja, maksudnya berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung daripada tadahan air dari tapak tangan
sahaja.

** Bersugi ketika berkumur-kumur
,
لَوْلا أنْ أَشُقُّ على أُمّتي لأَمَرْتُهم بِالسِّواكِ مع كلِّ وُضُوءٍ
“ Jika tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak  
( bersugi) setiap kali ingin mengambil wuduk.”
( Diriwayatka oleh Ahamd dan An- Nasaie)

** Menyelati janggut yang tebal dengan memasukkan jari-jari tangan ke dalam janggut ketika membasuh muka.

كان يُخَلِّلُ لِحْيَتَه في الوُضوءِ
Rasulullah S.A.W. memasukkan jari-jemari tangannya ke dalam janggutnya ketika berwuduk.
( Diriwayatkan oleh Tirmizi)

** Rasulullah S.A.W menyapu kepala dengan memulakan sapuan di bahagian depan kepala dengan hujung tapak tangan beliau kemudian dilurutkan dengan menyapu hingga ke tengkuk kemudian kembali semula dengan melurut ke bahagian depan kepala. Basuhan yang wajib adalah meratakan air ke kepala.

مَسَحَ رسولُ الله بِرَأْسِه فَأَقْبَلَ بِيَدَيْه وَأَدْبَرَ
Rasulullah S.A.W. menyapu kepalanya, beliau menyapu dari hadapan ke belakang kemudian kembali belakang ke hadapan.”
( Muttafaqun ‘Alaih)

** Menyelati jari- jemari tangan dan kaki. In berdasrkan hadis Rasulullah S.A.W. :

أَسْبِغِ الوُضُوءَ وَخَلِّلْ بيْن الأَصابِع
Sempurnakan wuduk dan memasukkan jari- jemari tangan antara satu sama lain.
( Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, dan Abu Daud)

** Membasuh anggota kanan terlebih dahulu pada anggota tangan dan kaki :

كان رسول الله (ص) يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ في تَنَعُّلِه وتَرَجُّلِه وطُهُوْرِه وفي شَأْنِه كُلِّه
Rasulullah S.A.W. sungguh indah dalam memulakan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci.
(Muttafaqun ‘Alaih)

** Membasuh anggota wuduk sebanyak 3 kali ketika membasuh muka, tangan dan kaki

** Mengucapakan dua kalimah syahadah selepas selesai wuduk

** Mengambil wuduk di rumah, Sabda Rasulullah S.A.W. :

مَنْ تَطَهَّرَ في بَيْتِه ثم مَشَى إلى بيتِ مِنْ بُيُوتِ الله لِيَقْضى فَرِيْضَةً مِن فَرائِضِ الله كانت خَطٌوَتاه إِحْداهُما تَحُطُّ خَطِيْئةَ وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَة
Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya kemudian dia berjalan menuju ke salah satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan solat fardu, setiap langkah kakinya akan dihapuskan satu dosanya dan langkah yang satu lagi akan diangkat satu darjat.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)

** Menggosok anggota wuduk dengan tangan

** Berjimat dalam penggunaan air


كان رسول الله (ص) يَتَوَضَّأُ بِالمُدِّ
Rasulullah S.A.W. berwuduk dengan menggunakan air kadar secupak.” (Muttafaqun ‘Alaih)

** Melampaui membasuh anggota tangan dan kaki dari kawasan yang wajib dibasuh.

** Solat dua raaat selepas wuduk

مَنْ تَوَضَّأُ نَحْوَ وُضُوْئِى هذا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، لاَ يُحَدِّثُ فِيهِما نَفْسَه، غُفِرَ له ما تَقَدّمَ َمِن ذَنْبِه
" Sesiapa yang berwuduk sepertimana wudukku ini kemudian ia solat dua rakaat tanpa terlintas urusan dunia ketika solat, akan diampunkan dosanya yang telah lalu .”
( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Sunnah Rasulullah ketika memakai kasut

** Rasulullah S.A.W. bersabda:


إذا اِنْتَعَل أَحدُكمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْيُمْنَى وإذا خَلَعَ فلْيَبدأ بِالشِّمال وَلْيُنْعِلْهما جَمِيعا أو لِيَخْلعْهما جَمِيعاً
“ Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakannya dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai kedua-dua belah atau menanggalkannya semuanya.”


Jangan lupa... tutuplah aurat

** Setiap kali ingin keluar kita akan memakai selipar atau kasut contohnya ketika pergi masjid, pergi ke pasar raya, pergi bekerja, masuk ke bilik air dan sebagainya. Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini kerana ia dapat menambah ganjaran pahala daripada Allah. Semoga dengan mengikuti dan mengamalkan sunnah Rasulullah ini, kita akan mendapat keredaan daripada Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di Akhirat kelak.

Sunnah Rasulullah sebelum tidur


** Membaca doa:
 بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْياَ وَأَمُوتُ
“Dengan nama Engkau ya Allah aku hidup dan mati”
( diriwayatkan oleh Bukhari)



** Merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca :



قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ
قل أعوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
قل أعوذ برب النّاسِ

** Membaca:

 
اللَّهم قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبادَكَ
“ Ya Allah peliharalah aku dari azabMu pada hari engkau membangkitkan hambaMu.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Baca sebanyak 3 kali sambil meletakkan tangan kanan di bawah pipi


** Membaca: Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 34 kali dan Allahuakbar 33 kali ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


** Tidur dalam keadaan suci daripada hadas. Sabda Rasulullah S.A.W :

إِذا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ“Apabila kamu masuk ke tempat tidur hendaklah kamu berwuduk.”


 


 
Nyenyak...Zzzz











Comelnye dier..




** Tidur di atas rusuk kanan. Sabda Rasulullah S.A.W:

ثُمَّ اضْطَجِعْ على شِقِّكَ الأَيْمَنِ“ Kemudian hendaklah kamu berbaring di atas rusuk kananmu.”
( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


** Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan. Sabda Rasulullah S.A.W :

كان إذا رقد وضع يده اليمنى تحت خده
 “ Adalah Baginda apabila tidur, Baginda meletakkan tangan kanannya di bawah pipi.”
( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)



** Mengibas tilam sebelum tidur, Sabda Rasulullah S.A.W :


Apabila seseorang kamu masuk ke tempat tidur hendaklah ia mengibaskan tilamnya, kerana ia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya.
( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )


 

** Membaca Surah Al-Kafirun

Kelebihan membaca surah ini adalah terhindar dari sifat syirik
( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dan Ahmad)

Antara kelebihan mengamalkan zikir ini sebelum tidur ialah Allah memeliharanya dari gangguan syaitan dan syaitan lari daripadanya pada malam tersebut. Sejahtera pembacanya dari segala bencana dan malapetaka, ditanam 100 pokok baginya di dalam Syurga, akan ditulis 100 pahaha sedekah bagi setiap tasbih, tahmid,takbir dan tahlil yang diucap oleh pengamalnya.

 إذا أَوَى أَحَدُكُمْ إلى فِرَاشِه فَلْيَنْقُضُ فِراشَه فإنه لا يَعْلَمُ ما خَلْفَه بَعْدَه

Sunnah Rasulullah S.A.W ketika masuk dan keluar rumah

Imam Nawawi berkata,"Digalakkan membaca Bismillah, memperbanyakkan membaca zikir dan memberi salam ketika masuk dan keluar rumah.”


** Berzikir ketika memasuki rumah:

إذا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَه فَذَكر الله عند دُخولِه وعند طَعامِهِ وقال الشّْيْطانُ لا مبيتَ لكم ولا عَشاءَ. وإذا دخل فلم يذْكُرِ الله عند دخولِه قال الشّيطانُ أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ. وإذا لم يَذكُرِ الله عند طعامِه قال أَدْرَكْتُمُ المبيتَ والعَشاءَ

“Apabila seseorang memasuki rumahnya lalu ia menyebut nama
Allah ketika ia masuk dan ketika ia makan, syaitan akan berkata” tiada tempat untuk kamu menginap dan tiada tempat untuk kamu makan”. Jika ia masuk tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata,” Persilakan ini adalah tempat menginapmu,” dan jika ia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan akan berkata, “dipersilakan kamu menginap dan makan.”


** Berdoa ketika masuk ke rumah:

اللهم إني أَسْأَلُكَ خَيْرَ المَوْلج وخير المَخْرجِ بِسْم الله وَلَجْنا وبسم الله خَرَجْنا وعلى الله ربِّنا توكَّلْنا ثم لَيُسَلِّمَ على أهْلِه

“Ya Allah aku memohon daripadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar, dengan nama Allah kami masuk dan dengan Allah kami keluar dan kepada Allah tuhan kami,kami bertawakkal kepadaNya.”

(diriwayatkan oleh Abu Daud)


** Bersiwak:

كان (ص) إذا دَخَلَ بيتَهُ بَدَأَ بِالسِّوَاكِ

“Rasulullah S.A.W apabila baginda memasuki rumahnya, baginda memulakan dengan bersugi.”

( diriwayatkan oleh Muslim)



** Memberi salam:

قال الله تعالى: فَإذا دَخَلْتُمْ بُيوتاً فَسلِّمُوا على أَنْفُسِكم تَحِيَّةً مِنْ عندِ الله مباركةً طَيِّبَة

“Apabila kamu memasuki rumah, hendaklah kamu memberi salam ke atas diri kamu sebagai penghormatan yang baik dan diberkati daripada Allah.”

( Surah An-Nur:61 )


** Doa yang dibaca ketika keluar rumah adalah:

بسم اللهِ تَوكَّلْتُ على اللهِ لا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ

“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan upaya melainkan Allah.”

Barang siapa membaca doa ini, nescaya akan dicukupkan, dipelihara, diberi petunjuk dan dijauhkan daripada syaitan.

( Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

Sunnah Rasulullah S.A.W ketika memakai dan menanggalkaan pakaian

** Membaca Bismillah sama ada ketika memakai atau menanggalkan pakaian. Imam Nawawi berkata, ‘Membaca Bismillah adalah digalakkan ketika melakukan segala amalan.

** Apabila memakai baju,penutup kepala atau serban, beginda membaca:

اللهم إنِّي أسْأَلك مِنْ خَيْرِه وخَيْر ما هو له وأَعوذُ بك من شَرِّهِ وشرِّ ما هُو لهُ
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan aku berlindung dariMu keburukan pakaian ini dan keburukan apa yang ada padanya.”
(diriwayatkan oleh Abu daud,Tirmizi dan Ahmad)

** Memulakan memakai dengan anggota kanan

إِذا لَبِسْتُمْ فَابْدَءُوا بِأَيْمانِكم
“Apabila kamu memakai pakaian hendaklah kamu memulakannya dengan angota kanan.”
(diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah)

Sunnah- sunah Rasulullah S.A.W ketika memasuki bilik mandi dan keluar daripadanya


** Masuk ke bilik mandi dengan melangkah kaki kiri dan keluar darinya dengan melangkah kaki kanan.

** Mambaca doa ketika memasuki bilik mandi:
اللهم إني أَعُوذُ بِكَ من الخُبْثِ والخَبائِث
"Ya Allah aku berlindung denganMu dari syaitan betina dan syaitan jantan”.
(diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

** Membaca ketika keluar dari bilik mandi:
غُفٌرانَك
“ Aku mengharapkan keampunanMu”
(diriwayatkan oleh Ashabus Sunan)




Sunnah Sunnah - sunah Rasulullah S.A.W Dalam Amalan Seharian

Sunnah - sunah Rasulullah S.A.W ketika bangun dari tidur

**Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.

Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunaka tanhan apabila bangun daripada tidur berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

فاستيفظَ رسولُ الله (ص) فَجَلسَ يسمَحُ النومَ عن وجْهِه بِيدِه
“Rasulullah S.A.W bangun daripada tidur lalu baginda duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wayahnya.”
(diriwayatkan oleh Imam Muslim)

**Membaca doa bangun daripada tidur:

الْحَمد لله الذي أحْيانا بعد ما أَماتنا وإليه النُّشور
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.”
(diriwayatkan oleh Imam Bukhari)


Khusyuk... kanak- kanak ini sudah diajar berdoa

** Bersugi:
كان (ص) إذا قام من الليل يَشُوْصُ فاه باسٍّواكِ
"Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, baginda menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."

Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.