** Membaca Bismillahirrahmanirrahim
** Membasuh tangan hingga pergelangan sebanyak tiga kali pada permulaan wuduk
** Memulakan wuduk dengan berkumur- kumur dan memasukksn air ke dalam hidung sebelum membasuh muka
** Menghembus air yang dimasukkan ke dalam hidung dengan tangan kiri
( memegang hidung dengan tangan kiri), berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :
فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ تمضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثم غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
“ Ketika ingin mengambil wuduk Rasulullah S.A.W. membasuh kedua-dua tapak tangannya kemudian beliau berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung lalu menghembuskannya kemudian Beliau membasuh mukanya sebanyak 3 kali.”
( Muttafaqun ‘Alaih)
** Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebih-lebihan kecuali bagi orang yang berpuasa. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :
وَبالِغْ في الاِسْتِنْشاقِ إلا أنْ تكونَ صائِما
“ Beliau berlebihan semasa menyedut air ke dalam hidung kecuali ketika Beliau berpuasa.”
( diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, An- Nasaie dan Ibn Majah)
** Berkumur-kumur menggunakan satu telapak tangan sahaja, maksudnya berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung daripada tadahan air dari tapak tangan
sahaja.
** Bersugi ketika berkumur-kumur
,
لَوْلا أنْ أَشُقُّ على أُمّتي لأَمَرْتُهم بِالسِّواكِ مع كلِّ وُضُوءٍ
“ Jika tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak
( bersugi) setiap kali ingin mengambil wuduk.”
( Diriwayatka oleh Ahamd dan An- Nasaie)
** Menyelati janggut yang tebal dengan memasukkan jari-jari tangan ke dalam janggut ketika membasuh muka.
كان يُخَلِّلُ لِحْيَتَه في الوُضوءِ
“ Rasulullah S.A.W. memasukkan jari-jemari tangannya ke dalam janggutnya ketika berwuduk.”
( Diriwayatkan oleh Tirmizi)
** Rasulullah S.A.W menyapu kepala dengan memulakan sapuan di bahagian depan kepala dengan hujung tapak tangan beliau kemudian dilurutkan dengan menyapu hingga ke tengkuk kemudian kembali semula dengan melurut ke bahagian depan kepala. Basuhan yang wajib adalah meratakan air ke kepala.
مَسَحَ رسولُ الله بِرَأْسِه فَأَقْبَلَ بِيَدَيْه وَأَدْبَرَ
“ Rasulullah S.A.W. menyapu kepalanya, beliau menyapu dari hadapan ke belakang kemudian kembali belakang ke hadapan.”
( Muttafaqun ‘Alaih)
** Menyelati jari- jemari tangan dan kaki. In berdasrkan hadis Rasulullah S.A.W. :
أَسْبِغِ الوُضُوءَ وَخَلِّلْ بيْن الأَصابِع
“ Sempurnakan wuduk dan memasukkan jari- jemari tangan antara satu sama lain.”
( Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, dan Abu Daud)
** Membasuh anggota kanan terlebih dahulu pada anggota tangan dan kaki :
كان رسول الله (ص) يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ في تَنَعُّلِه وتَرَجُّلِه وطُهُوْرِه وفي شَأْنِه كُلِّه
“ Rasulullah S.A.W. sungguh indah dalam memulakan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci.”
(Muttafaqun ‘Alaih)
** Membasuh anggota wuduk sebanyak 3 kali ketika membasuh muka, tangan dan kaki
** Mengucapakan dua kalimah syahadah selepas selesai wuduk
** Mengambil wuduk di rumah, Sabda Rasulullah S.A.W. :
مَنْ تَطَهَّرَ في بَيْتِه ثم مَشَى إلى بيتِ مِنْ بُيُوتِ الله لِيَقْضى فَرِيْضَةً مِن فَرائِضِ الله كانت خَطٌوَتاه إِحْداهُما تَحُطُّ خَطِيْئةَ وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَة
“Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya kemudian dia berjalan menuju ke salah satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan solat fardu, setiap langkah kakinya akan dihapuskan satu dosanya dan langkah yang satu lagi akan diangkat satu darjat.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)
** Menggosok anggota wuduk dengan tangan
** Berjimat dalam penggunaan air
كان رسول الله (ص) يَتَوَضَّأُ بِالمُدِّ
“ Rasulullah S.A.W. berwuduk dengan menggunakan air kadar secupak.” (Muttafaqun ‘Alaih)
** Melampaui membasuh anggota tangan dan kaki dari kawasan yang wajib dibasuh.
** Solat dua raaat selepas wuduk
مَنْ تَوَضَّأُ نَحْوَ وُضُوْئِى هذا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، لاَ يُحَدِّثُ فِيهِما نَفْسَه، غُفِرَ له ما تَقَدّمَ َمِن ذَنْبِه
" Sesiapa yang berwuduk sepertimana wudukku ini kemudian ia solat dua rakaat tanpa terlintas urusan dunia ketika solat, akan diampunkan dosanya yang telah lalu .”
( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
0 Response to "Sunnah Rasulullah ketika berwuduk"
Post a Comment